Friday, 12 September 2014

Mount Nuang: Second Episode


Seramai 3 orang pemuda dan 3 orang pemudi menaiki sebuah kereta ke kawasan meletak kenderaan di kaki Nuang pada jam 6 pagi, 30 Ogos 2014. Ekspidisi yang di sertai oleh Aizuddin, Aqif, Afifi, Atihrah, Nabila dan Sakinah dimulai pada jam 4 pagi. Kira-kira pada jam 6.50 pagi ketika suasana hampir terang, kami memulakan perjalanan menuju ke Kem Lolo. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam lebih. Setelah mengambil tapak yang sesuai, kami segera mendirikan khemah dan mengeluarkan peralatan untuk menyediakan sarapan. Kami semua sungguh lapar ketika itu. Menu kami ialah roti bersama jem strawberi ataupun tuna dan air teh panas. Kami berehat seketika kerana Aizuddin, Aqif, Afifi dan Sakinah akan meneruskan perjalanan menuju ke puncak Nuang. 


Pada jam 11 pagi, kumpulan pendaki meneruskan perjalanan manakala Athirah dan Nabila tetap di Kem Lolo bagi menyiapkan makanan.
Pendakian Nuang amat mencabar mental dan fizikal kerana laluan ke puncak amat curam. Kadangkala kami terpaksa menggunakan tangan untuk mendaki. Pada masa yang sama berlangsung acara marathon dari kawasan meletak kenderaan ke puncak Nuang dan berpatah semula ke kawasan meletak kenderaan sebanyak 5 kali. Acara tersebut berlangsung selama 48 jam. Kira-kira jam 3.30 petang, kami tiba di puncak Nuang. Terdapat dua puncak di Gunung Nuang. Puncak yang pertama dipanggil Puncak Pengasih dan kedua di panggil Puncak Nuang. Puncak Nuang lebih tinggi daripada puncak Pengasih. Semasa kami berada di antara Puncak Pengasih dan Puncak Nuang, hujan turun namun hanya sepintas lalu.
Setelah berehat selama setengah jam, kira-kira jam 4.00 petang kami turun menuju ke Kem Lolo. Tempoh perjalanan turun lebih pendek kerana tidak memerlukan banyak tenaga berbanding mendaki dan pergerakan kami agak pantas. Kira-kira jam 6.45 kami tiba di Kem Lolo dan membersihkan diri sebelum menjamu selera. Senja sudah melabuhkan tirainya dan kegelapan menjelma. Menu kami malam itu ialah nasi, kari ayam, telur, dan sambal bilis. Selepas itu, kami bersembang dan berbincang seketika berkaitan projek kami yang lebih besar pada tahun 2015 sebelum masing-masing kembali ke khemah dan berehat.

Pada pagi 31 Ogos 2014, suasana amat sejuk. Kami bangun kira-kira jam 6.30 pagi dan menunaikan solat Subuh. Sesudah itu, kami duduk seketika menantikan cahaya matahari dan menyediakan sarapan. Pagi itu kami menikmati hidangan ‘pancake’ bersama jem strawberi dan air kopi. Selepas makan kami kembali berehat di dalam khemah kerana ketenangan hutan menenangkan kami. Kira-kira jam 12 tengah hari, kami ke sungai untuk mandi dan menyediakan makanan tengah hari. Menu kami ialah nasi, daging kurma, sambal bilis dan telur dadar. Kami makan bersama dan melakukan aktiviti air. Setelah semuanya puas bermain air, kami mengemas kembali alatan kami dan bersedia untuk bergerak pulang.


Dalam perjalanan kami ke kawasan meletak kenderaan, hujan turun dengan lebat. Ketika itu berlaku insiden yang menyayat hati kerana tapak kasut Sakinah tercabut. Dia terpaksa menggunakan selipar Afifi dan malang tidak berbau, selipar itu putus. Lantas Aizuddin meminjamkan seliparnya.  Akhirnya kami berjaya sampai ke kawasan meletak kenderaan pada jam 6 petang. Kami bersiap-siap membersihkan diri dan bergerak pulang.


(ditulis oleh Aqif)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

By car, 6 teenagers arrived at Nuang parking lot around 6 a.m. on 30th August 2014. This expedition was participated by Aizuddin, Aqif, Afifi, Athirah, Nabila and Sakinah and this team started their journey on 4 a.m. on the same day. Around 6.50 a.m., we continued our journey towards Lolo Campsite while the daylight shows us the path. It took about 2 and half hours to reach there.  After getting suitable site, we built our tents and prepared some breakfast. We all were starved at that time. Our menu was bread with strawberry jam or tuna and hot tea. We took rest for a while because Aizuddin, Aqif, Afifi, and Sakinah will continue their journey to the mount top. Sharp on 11 a.m., the hiker team carried on their plan while Athirah and Nabila stay at the campsite and preparing the dinner. 
The route to the top was challenging our mental and physical because the path was getting slopped every times we moved forward. On the same time, there was a marathon held there which the participants need to run from the parking site to the Nuang’s peak and return back to parking site for 5 times. The event was held for 48 hours. Around 3.30 p.m., we reached Nuang top. Actually there is 2 peaks at Nuang which the first peak is Pengasih Peak and second one is Nuang Peak. Nuang Peak is higher than Pengasih Peak. When we were in the middle of these two peaks, rain was pour heavily but luckily it was just a moment.




Then half an hour later, we returned back to Lolo Campsite. It took shorter time to return back compared with hiking because we use less energy and our movement was quite fast. We arrived at Lolo Campsite around 6.45 p.m., and clean up ourselves before ate. The surrounding was getting darker. Our menu at that night was rice, chicken curry, egg, and ‘sambal bilis’. After that, we having a conversation and discussion about our next year bigger microadventure before went to our own tent and took a rest.
It was cold and relax condition on the 31st August 2014 morning. We woke up around 6.30 a.m. and perform Suboh prayer. Then we take a seat for a while to wait for the sun rise and prepared our breakfast. On that morning, we ate pancake with strawberry jam and coffee. After that, we take a break in the tent while enjoyed the forest relaxation. At 12 p.m., we gather at the river nearby to take a bath and prepared our lunch. Our menu was rice, stew beef, ‘sambal bilis’, and egg. We ate together and having some activities. Then we suit up and pack our stuff to get back home.
While on our way to the parking site, rain was pour heavily and at that time there was an incidence happened which Sakinah shoes cannot be used anymore and had to throw away. She had to borrowed and used Afifi sandal and the sandal was too. Then she had to borrowed Aizuddin’s sandal and use it for a while. Then, we managed to arrive at the parking site on 6 p.m. After clean up ourselves, we get back home safely.



<iframe src="//player.vimeo.com/video/105846376" width="500" height="281" frameborder="0" webkitallowfullscreen mozallowfullscreen allowfullscreen></iframe> <p><a href="http://vimeo.com/105846376">Microadventure Mount Nuang</a> from <a href="http://vimeo.com/user26534166">aizuddin</a> on <a href="https://vimeo.com">Vimeo</a>.</p>
 (written by Aqif)


No comments:

Post a Comment