Ekspidisi pada kali ini di sertai oleh 10
orang peserta yang bersemangat untuk menawan puncak Broga yang terletak di
Semenyih. Kami mengorak langkah menaiki dua buah kereta menuju ke destinasi
kami pada jam 10 malam bertarikh 20 Jun 2014.
Perjalanan kami bermula di Shah
Alam dan mengambil masa selama dua jam untuk tiba ke kaki bukit Broga. Suasana
di kawasan tempat meletak kereta sungguh gelap hingga membataskan pergerakkan
kami. Mujur setiap orang mempunyai lampu suluh dan kami meneruskan perjalanan
kami ke puncak Broga.
Kami tiba ke puncak kira-kira jam 2
setengah pagi. Setelah memilih kawasan yang sesuai, kami meletakkan peralatan
dan berehat seketika. Kami mula memanaskan air untuk membuat teh dan membuka
sedikit makanan seperti biskut dan roti. Kami menggunakkan apa sahaja hamparan
yang ada seperti ‘ground sheet’, ‘sleeping bag’, dan ‘sleeping mat’ untuk
melindungi pakaian dari terkena tanah. Sambil mengisi perut, kami berbual-bual
sambil berkenalan kerana ada di antara kami baru pertama kali berjumpa. Kemudian
kami merebahkan badan dan cuba untuk melelapkan mata.Kira-kira jam 5 pagi, suasana menjadi hingar-bingar. Pengunjung sudah mula memenuhi puncak Broga dan kami semua terjaga. Kemudian kami menunggu waktu Subuh dan menunaikan solat. Kami menunggu sehingga matahari muncul sambil bergambar. Setelah suasana menjadi terang, 4 orang dari kumpulan kami mempunyai misi yang lain iaitu menawan puncak Gunung Tok Wan pula. Jadi kami berpecah kepada dua kumpulan; kumpulan pertama meneruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan dan kumpulan kedua turun dari Broga ke tempat letak kereta.
Perjalanan ke puncak Tok Wan mengambil masa kira-kira 3 jam. Cabaran pada kali ini ialah keadaan jalan yang mendaki dan diselangi menurun. Kami menempuh keadaan sedemikian banyak kali dan mengakibatkan kesakitan pada bahagian peha. Malangnya, semasa dalam perjalanan, kaki Aizuddin mengelami kekejangan dan tidak dapat meneruskan kerana bimbang kecederaan menjadi serius. Maka perjalana di teruskan dengan 3 orang peserta iaitu Shaq, Nazreen dan Aqif. Kami bertiga tiba di puncak kira-kira jam 10 pagi dan berehat seketika sebelum berpatah balik.
Keadaan di puncak Gunung Tok Wan tiada apa yang mengujakan kerana di permandangan puncak di halang oleh pokok-pokok yang besar. Kemudian kami berpatah balik dan ketika sampai ke kaki gunung, kami hampir berputus asa kerana terpaksa menempuh kawasan Broga yang tidak mempunyai pokok dan kelihatan seperti padang. Jam menunjukkan pukul 1 petang dan kami terpaksa juga meneruskan perjalanan walaupun meredah panas terik matahari. Keadaan Broga yang seperti gurun kerana debu-debu memasuki mata dan bekalan air sudah habis. Kami berjaya tiba di kawasan tempat meletak kereta dan berjumpa dengan ahli pasukan kami yang lain. Setelah berehat selama 10 minit, kami meneruskan aktiviti kami ke Sungai Tekala. Jarak Sungai Tekala dari Broga tidak begitu jauh, kira-kira 15 ke 20 minit.
Di sana, kami mula memasak nasi dan lauk
sambil menikmati air sungai yang menyegarkan. Menu kami pada ketika itu ialah
nasi, telur dadar, sardin, dan sambil bilis. Setelah mengisi perut, kami
membersihkan diri dan menukar pakaian. Kami bertolak pulang kira-kira jam 5
petang dan akhirnya sampai ke rumah masing-masing dengan selamat
Broga-20 June
Tekala-21 June
(ditulis oleh Aqif)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Actually, nothing was unique there. The
peak view was block by the big trees. Then, we turn back and when we arrived on
Broga, we almost lost our hope. It is because we had to across Broga that
doesn’t have any trees and look like desert field. We had to across it even
though the heat from the sun burns us because the clock shows 1 p.m. Its feel
like we were at the desert because the dust enters our eyes and we had no water
supply left. We made to the car park and gather with our group members. After
take a short break for 10 minute, we continued our activity to Tekala River.
The distance between Broga and Tekala River was not far, it took about 15 to 20
minutes.
This time, our expedition was to reach the
top of Broga’s Hill located at Semenyih. We managed to gather 10 persons this
time. By using two cars, we were heading to our destination around 10 p.m. on
20 June 2014. We started our journey at Shah Alam and the journey took about 2
hours to reach Broga’s Hill. The environment at the parking site was pitch
black and caused a problem for us to walk. Luckily everyone had their own
torchlight and we continued our journey to Broga’s peak.
We managed to arrive on the top of Broga’s
Hill about 2 a.m on 21st June 2014. After getting a proper place, we
put down our equipment and take a breath for a while. Then, we heat up plenty
of water for the tea and recover our energy with some biscuit and bread. We
used ground sheet, sleeping bag, and sleeping mat to cover up from the dirt.
While rest, we talk about ourselves because some of us just met for a first
time. Then, after settle down, we try to sleep.
About 5 a.m., our surrounding turns from
silent to noisy. Visitor started to reach the Broga’s peak and all of us woke
up. Then, we perform Suboh prayer and wait for the sun rise. To fill the gap,
we took tons of pictures. When the daylight covered the surrounding, four
members from our group decided to continue to Mount Tok Wan peak. So our
expedition team split into two groups; first group continue to Mount Tok Wan
and second group went down to car park. The journey to Tok Wan peak took around 3
hours. The challenges this time was the continuously incline and decline path.
It caused our thighs loosen.
Unfortunately, Aizuddin cannot continue the
mission because he suffered from muscle cramp and won’t take any risk. So the
mission was carried on by Shaq, Nazreen, and Aqif. We made to the peak around
10 a.m. and take a breath for a while before turns back.
We started cooked rice and dishes while
enjoying the clod and refreshing water. Our menu was rice, egg, sardine, and
‘sambal bilis’. After having meals, we clean up ourselves and changed our
cloth. We went back home on 5 p.m. and arrived at our home safely.
No comments:
Post a Comment