Pada jam 4.30
pagi, 18 October 2014, kami bergerak menuju ke Sungai Sendat yang terletak di
Ulu Yam, Selangor. Pada asal perancangannya kami merancang ke Cameron Highlands
tetapi terpaksa diubah atas beberapa factor yang menghalang. Pengembaraan kali
ini di sertai oleh Afifi, Din, Aqif dan Shaq. Setelah semua barang di isi
kedalam kereta, kami meneruskan perjalanan. Pada jam 6.10 pagi, kami berhenti seketika
untuk menunaikan solat Subuh di surau (Taman Desa Kaloi kalau tak salah).
Kira-kira jam 7.30 pagi, kami tiba ke destinasi kami tetapi kami tidak boleh
turun dari kereta. Ini kerana kami di sambut oleh 4 ekor anjing-anjing yang
kelihatan gembira menyambut kedatangan kami (yang pertama sampai di sungai
sendat). Akhirnya, kami terpaksa meletakkan kereta agak jauh ke dalam bagi
menyorok dari anjing-anjing tersebut. Setengah jam kemudian, kami tiba di
kawasan yang kami rasakan sesuai untuk meletakkan barang-barang dan mandi. Kami
segera menghidupkan arang untuk membakar ayam, ikan, roti dan memanaskan air.
Namun begitu, aizuddin yang menjanjikan untuk membawa “garlic spread” untuk
makan bersama sup telah tertinggal. Jadinya, kami terpaksa sekadar makan roti
bakar tanpa “garlic spread”, tak mengapa, bersyukur aja. ‘Flysheet’ di buka
bagi menghalang ranting-ranting mengenai kepala kami dan juga sebagai langkah
berjaga-jaga sekiranya hujan turun. Setelah semua bersarapan, kami mandi manda.
Kemudian, ada kejutan daripada Afifi dan Aqif. Menu istimewa kami pada hari ini
ialah dua keping piza bersaiz besar. Din dan Shaq tidak menjangkakan akan menu
tersebut. Kemudian, kami meneruskan aktiviti mandi kami. Pada jam 2.30 petang,
kami bersiap-siap untuk pulang. Kami semua selamat sampai di rumah
masing-masing.
![]() |
Ini sahaja gambar yang ada, yang lain semua dah hilang taktau kemana. |
No comments:
Post a Comment