Saturday, 14 March 2015

Berkelah Waterfalls

28 Februari 2015 (Sabtu) - Ekspidisi ke Air Terjun Berkelah yang terletak di Maran, Pahang kali ini disertai seramai 15 orang lelaki dan perempuan yang rata-rata tidak lagi mengenali satu sama lain. Tempat berkumpul kami adalah di KFC Seksyen 7 Shah Alam kerana rata-rata kami semua dari Shah Alam. Tempat yang lapang dan tidak gelap untuk membuat pengagihan barang-barang makanan yang ingin dibawa. Tepat jam 4.05 pagi kami bergerak menuju ke destinasi iaitu Masjid Kampung Gelugur, Maran. Sekitar jam 6.20 pagi kami tiba di Masjid Kampung Gelugur dan menunaikan solat Subuh berjemaah. Persiapan terakhir barang-barang yang perlu dibawa dilakukan.


Khemah..........................checked
Makanan.........................checked
Keperluan memasak........checked
Arang (bbq).....................checked
Lampu.............................checked
Stoved.............................checked
First aid...........................checked

Jam menunjukkan 7.30 pagi, aizuddin menelefon "jepun", lelaki yang akan membawa kami ke tempat permulaan dengan menaiki lorinya. Cas yang dikenakan hanya RM8/seorang untuk pergi dan balik, masa pulang kami telah ditetapkan dengannya pada jam 12.30 tgh hari keesokkan harinya. Abang ni namanya Fendi tetapi mukanya yang seakan-akan orang jepun membuatkan dia dipanggil jepun. Perjalanan lori ke tempat permulaan mengambil masa kira-kira 15minit, kereta diletakkan di kawasan gerai makan dan masjid kerana disitu lebih selamat berbanding dengan tempat permulaan yang banyak berlaku kes pecah kereta.

Kami bermula berjalan kaki ke tapak khemah (CP4) pada jam 8.05 pagi. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 1 jam ini bermula dengan kawasan yang kering (ada hutan yang terbakar) dan kemudian disusuli dengan kawasan air terjun dan sungai. Ya, Berkelah terkenal dengan air terjun bertingkat yang menawan dan mempunyai tujuh tingkat kesemuanya. Tingkat pertama kami semua berhenti seketika untuk mengambil gambar dan meneruskan kembali perjalaan ke tapak perkhemahan selepas lima minit. Setelah sampai ke CP4, kami mula memasang khemah kami dan sedia untuk memasak (barbeque). Menu makan tengah hari kami adalah ayam dan daging panggang, "garlic bread & mushroom soup", dan air teh O panas. Kekenyangan dan keletihan sehingga rancangan untuk sambung perjalanan ke CP7 (puncak air terjun) seawal sebelum masuk waktu Zohor tertunda ke jam 2.30 petang. Perjalanan ke puncak memakan masa kira-kira satu jam lima belas minit dan ini kerana kami semua mengambil masa mengambil gambar. Keindahan air terjun yang sangat hebat.





Setlah tiba di puncak, iaitu CP7, kami sangat terpegun dengan air terjun yang begitu tinggi dan deras airnya. Kami semua menukar pakaian ke tema "tradisional" untuk bergambar berlatar belakang air terjun ini. Selepas beberapa minit, kami sedia untuk terjun ke dalam kolam ini tetapi masih ragu-ragu dengan kedalamannya. Jadi, aizuddin yang pertama cuba berenang ke tengah dan kemudian patah balik kerana terkejut dengan kedalaman. Air yang sungguh jernih tetapi apabila hanya dua atau tiga meter ke hadapan, kawasan itu sungguh gelap dan tidak lagi kelihatan dasarnya. Perlahan-lahan kami mengambil masa untuk mendapatkan "water confident". Diakui kesilapan kami, iaitu tidak membawa "Life Jacket" ke sini. Dengan kolamnya yang mempunyai kedalaman sedalam 50 kaki (+- 15 meter), hanya yang yakin untuk berenang sahaja akan memasuki kolam ini. Manap, Sukha, Safa, Athirah, Awatif, Di, Eqah dan Mira hanya berendam dikawasan cetek. Semua tidak begitu yakin untuk membuat terjunan dari atas batu (bersebelahan air terjun). Jadi, Syuk dengan yakinnya menjadi orang pertama terjun dan di ikuti oleh yang lain.


Kami turun ke tapak khemah kami sekitar jam 6.00 petang dan sejurus selepas tiba, kami bersiap-siap untuk memasak makan malam sementara hari masih cerah. Makanan siap semuanya jam 8.00 malam, setelah semua selesai mandi dan solat secara bergilir-gilir, kami menjamah makanan kami iaitu Nasi putih, telur dadar, kari kambing, ayam bbq, dan sambal strawberry. Sylvester menyalakan unggun api, ada yang sambung berbual selepas makan malam dan ada yang tidak lama selepas makan malam terus menyiapkan diri untuk berehat dan tidur kerana keletihan. Jam menunjukkan pukul 10.45 malam dan ramai telah tidur. Manakala Sylvester, Manap, Awatif, dan Aizuddin sambung berbual berbumbungkan langit yang jelas kelihatan bintang-bintang yang memantulkan cahaya. Ada pula yang sudah terlena di atas batu dan groundsheet dek kerana keletihan. Pada malam ini ada yang tidur di dalam khemah dan ada yang tidur berbumbungkan langit. 


Hari ke-2 :

Bangun seawal 5.50 pagi dan bersiap menunaikan solat Subuh. Kemudian Syuk, Dzul, Di, dan Eqah mula bersedia untuk menyiapkan makan pagi dan yang lain turut serta membantu. Menu pagi ini bihun goreng, telur dadar, nasi goreng beserta air teh o dan kopi o panas. Selepas selesai makan pagi kami mengemas kembali tapak perkhemahan dan turun ke CP3 untuk membuat beberapa terjunan sebelum pulang ke KL, 15 minit masa yang dijanjikan. Setelah 15 minit, kami menyambung perjalanan ke tempat berkumpul bagi Fendi untuk ambil kami dan menghantar ke Masjid Kampung Gelugur semula. Setelah siap membersihkan diri dan solat kami semua makan tengah hari di gerai sebelah masjid. Pulang ke KL sekitar jam 2.30 petang dan Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing-masing.



*tambahan cerita: website aizuddin

                                                                                                                                     (ditulis oleh: aizuddin)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


28 February 2015 (Saturday) - Expedition to Berkelah Waterfalls this time is joined by 15 people that mostly didn't meet each other yet. The first meeting point was at KFC Section 7 in Shah Alam because most of us from Shah Alam. This area is a good place to distribute the items before we move on as the space and the lighting is good. At 4.05 am we started our journey to Kampung Gelugur Mosque in Maran (Pahang) and by 6.20 am we arrived there. After Subuh prayer, we had our last item checking :


Camp..............................checked
Food...............................checked
Cooking utensils..............checked
Cahrcoal.........................checked
Torchlights......................checked
Stoved............................checked
First aid...........................checked


Aizuddin called the lorry driver that will get us to the starting point at 7.30 am to remind him about us that need him to send us. The charge is just RM8/person for return trip and we have decided that he will fetch us back tomorrow at 12.30pm. The time taken to the starting point is about 15 minutes and the cars were parked near to the mosque and the food stalls because it is safer there.




We started our trekking to (CP4) about 8.05am. The 1 hour trekking started in a dry area where there is some part of the area is burned. Later we found the river and first waterfalls. The view is so amazing. We had our break about 5 minutes to take some pictures and we continue our journey to the campsite right after it. When we arrived at our campsite, we set up or camps and prepare our cooking utensils and start barbeque. Our menu for today was chicken and beef barbeque, garlic bread and mushroom soup, and hot tea. We had our lunch to the fullest and due to the lack of rest and sleep a day before, everyone rest in their camps and groundsheet and some were sleeping. We continues our mission to the CP7 (top) waterfall at 2.30pm. It took us about 1hour 15minutes to arrive at the top, but consider we stopped for several times to take some pictures along the way. The waterfall scenery is so wonderful. The sound and the view that people will be astonished.



We were so amazed by the waterfall that is so high and the water flow tremendously awesome. All of us change our clothes to the traditional theme for the photoshooting session of the waterfall background. After few minutes, we all really wanted to dive in to the pool of the waterfall but we doubted about the depth of the pool. Aizuddin was the first try to swim to the centre but then turn back as he can't see the anything after 2-3 metre he swam. The water is so clear but then just after 2-3 metre from the side, you can't barely see anything and it is dark. Yes, it is a mistake too for not bringing life jacket here. With the depth of 50feet, only few that is confident to swim, dive in. Manap, Sukha, Safa, Athirah, Awatif, Di, Eqah, and Mira didn't swim to the centre. Everyone seems not confident to dive at first but thanks to Syuk that started it.

We prepared our dinner as soon as we arrive at our campsite around 6.45pm. It is better to start preparing for dinner while it is still bright. Dinner is ready by 8.00pm and we all have our dinner together as all of us done cleaning up ourselves and pray. Our dinner tonight was Rice, Eggs, Lamb curry, chicken barbeque (the leftover), and "spicy strawbeery sauce". After finished dinner, Sylvester start a fire and let it burned for the night. Some of us continues chatting and some already gone asleep in the camp. It was just 10.45pm and most of us already sleeping. Just Sylvester, Manap, Awatif, and Aizuddin continues chatting until 11.30pm under the clear sky. Some of us sleep on the big rock and some on the groundsheet.



Day-2 :

Woke up at 5.50am and we started preparing breakfast after our Subuh prayer. Syuk, Dzul, Di, and Eqah started it and the rest come to help. Our menu for this morning was fried bihun, fried rice, scramble eggs, and the spicy straberry sauce, together with tea and coffee. After breakfast, we pack our stuffs and went back but before that we stop at CP3 for 15minutes to dive into the river (still happy to do it). Few dive done and we continued our journey back to the meeting point and our lorry driver (Fendi) came on time to pick us up back to the mosque where we parked our cars. Get cleaned, pray, then we had our lunch at the food stall there. We then get back to KL and praise to God, everyone arrived home safely.

                                                                                                                                        (writen by: aizuddin)

Saturday, 14 February 2015

Mount Nuang: Training and BBQ

Kisah ini berlaku pada 22 November 2014. Pada jam 4.30 pagi, Aqif, Shaq, Afifi dan Fifi memulakan perjalanan dari Shah Alam. Kira-kira jam 5.00 pagi, kami berjumpa dengan satu lagi kumpulan yang terdiri daripada Safa, Sukha dan Teha dipertengahan perjalanan - Lebuhraya Persekutuan. Kemudian kami pergi mengambil Din yang menunggu Cheras. Perjalanan diteruskan dan pada jam 6.15 pagi, kami sampai di kaki Gunung Nuang (Hulu Langat) dan mendirikan solat Subuh terlebih dahulu. Pada jam 7.15 pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kem Lolo. 



Perjalanan kami ke tapak perkhemahan kali ini berbeza seperti yang lain, kami di ekori oleh seekor anjing berwarna koko.Seolah-olah pasukan "adventure race" yang berlaku di luar negara baru-baru ini, yang mana seekor anjing menenami mereka sepanjang perlumbaan. Bezanya, perlumbaan itu amat lasak berbanding aktiviti mendaki kami. Setelah sejam setengah perjalanan, kami tiba di Kem Lolo. Di sana, kami membuka khemah untuk meletakkan barang-barang kami, membakar arang. 

Team Peak Performance

Menu kami pada hari itu ialah kentang lenyek, kuah dhal, roti, ayam yang di perap dan air. Pada jam 10.30 pagi, Fifi, Aqif, Din, Afifi, dan Sukha meneruskan latihan kami iaitu berlari ke tempat meletak kenderaan dan berpatah balik ke tapak perkhemahan. Jarak  latihan kami dalam 10 kilometer.

Jam 1 petang kami mengakhiri latihan kami dengan berendam di dalam air sungai. Pada masa itu semua sedang memikirkan tentang ayam bakar. Kemudian kami kembali ke khemah dan mengisi perut. Selepas makan, sebahagian dari kami tidur manakala sebahagian lagi menjaga ayam dan mandi. 

Gambar ni lawak. Orang yang nak selfie plak tutup mata. haha!

Tiba-tiba hujan turun dan kami kelam kabut memasang ‘flysheet’. Ketika semua kelam kabut kelihatan Afifi yang masih tidur manakala Din pula mengalami kekejangan. Pada jam 5.30 petang, kami berkemas dan bergerak menuju ke kereta. Dalam perjalanan kami, hutan turun dengan lebat dan kami semua kebasahan. Walau bagaimanapun, kami seronok. Sampai di tempat meletak kenderaan, kami semua membersihkan diri dan bertolak pulang. Pada jam 8 malam, kami tiba di Cheras dan menjamu selera di restoran Sup Meletop dan masing-masing pulang ke rumah.





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

This expedition we happen on 22 November 2014. Aqif, Shaq, Afifi, and Fifi move from Shah Alam at 4.30 a.m., towards Federal Highway to meet another group. Then at 5.00 a.m we met Sukha, Safa and Teha before pick up Din at Cheras. We arrived at Nuang car park at 6.15 a.m. and perform Suboh prayer first. On 7.15 a.m., we continue our journey to Lolo Campsite. The journey to the campsite this time was different, we were like the adventure racing team that have been accompanied by a dog.

Half an hour later, we arrived at Lolo Campsite and set up our tent. Then, we put our stuff and start the fire. Our menu on that day was mash potato, dhal sauce, marinated chicken and water. On 10.30 a.m., Fifi, Aqif, Din, Fifi, and Sukha continue our plan to do some training which goes back to car park and return back to Lolo Campsite. Our traning distance took about 10 kilometres.




1 p.m., we finished our traning with resting our body inside the river. At that moment, all of us were thinking about roasted chicken. Then, we go back to the tent and ate. After that, some of us slept meanwhile others just continue cooking and took a bath. Suddenly, rain pour and we quickly set up the flysheet. While set up the flysheet, Afifi still slept meanwhile Din had muscle cramp. On 5.30 p.m., we move towards car park but on our way, rain pours heavily and all of us become wet. Even though, we felt happy. Once reach the car park, we clean ourselves and return back. Before that, we stop at Cheras to eat at Sup Meletop restaurant and drop Din. Then, everyone goes back home.

Pray wherever you are.....

Sungai Sendat~

Pada jam 4.30 pagi, 18 October 2014, kami bergerak menuju ke Sungai Sendat yang terletak di Ulu Yam, Selangor. Pada asal perancangannya kami merancang ke Cameron Highlands tetapi terpaksa diubah atas beberapa factor yang menghalang. Pengembaraan kali ini di sertai oleh Afifi, Din, Aqif dan Shaq. Setelah semua barang di isi kedalam kereta, kami meneruskan perjalanan. Pada jam 6.10 pagi, kami berhenti seketika untuk menunaikan solat Subuh di surau (Taman Desa Kaloi kalau tak salah). Kira-kira jam 7.30 pagi, kami tiba ke destinasi kami tetapi kami tidak boleh turun dari kereta. Ini kerana kami di sambut oleh 4 ekor anjing-anjing yang kelihatan gembira menyambut kedatangan kami (yang pertama sampai di sungai sendat). Akhirnya, kami terpaksa meletakkan kereta agak jauh ke dalam bagi menyorok dari anjing-anjing tersebut. Setengah jam kemudian, kami tiba di kawasan yang kami rasakan sesuai untuk meletakkan barang-barang dan mandi. Kami segera menghidupkan arang untuk membakar ayam, ikan, roti dan memanaskan air. Namun begitu, aizuddin yang menjanjikan untuk membawa “garlic spread” untuk makan bersama sup telah tertinggal. Jadinya, kami terpaksa sekadar makan roti bakar tanpa “garlic spread”, tak mengapa, bersyukur aja. ‘Flysheet’ di buka bagi menghalang ranting-ranting mengenai kepala kami dan juga sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya hujan turun. Setelah semua bersarapan, kami mandi manda. Kemudian, ada kejutan daripada Afifi dan Aqif. Menu istimewa kami pada hari ini ialah dua keping piza bersaiz besar. Din dan Shaq tidak menjangkakan akan menu tersebut. Kemudian, kami meneruskan aktiviti mandi kami. Pada jam 2.30 petang, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami semua selamat sampai di rumah masing-masing.

Ini sahaja gambar yang ada, yang lain semua dah hilang taktau kemana.


Friday, 12 September 2014

Mount Nuang: Second Episode


Seramai 3 orang pemuda dan 3 orang pemudi menaiki sebuah kereta ke kawasan meletak kenderaan di kaki Nuang pada jam 6 pagi, 30 Ogos 2014. Ekspidisi yang di sertai oleh Aizuddin, Aqif, Afifi, Atihrah, Nabila dan Sakinah dimulai pada jam 4 pagi. Kira-kira pada jam 6.50 pagi ketika suasana hampir terang, kami memulakan perjalanan menuju ke Kem Lolo. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam lebih. Setelah mengambil tapak yang sesuai, kami segera mendirikan khemah dan mengeluarkan peralatan untuk menyediakan sarapan. Kami semua sungguh lapar ketika itu. Menu kami ialah roti bersama jem strawberi ataupun tuna dan air teh panas. Kami berehat seketika kerana Aizuddin, Aqif, Afifi dan Sakinah akan meneruskan perjalanan menuju ke puncak Nuang. 


Pada jam 11 pagi, kumpulan pendaki meneruskan perjalanan manakala Athirah dan Nabila tetap di Kem Lolo bagi menyiapkan makanan.
Pendakian Nuang amat mencabar mental dan fizikal kerana laluan ke puncak amat curam. Kadangkala kami terpaksa menggunakan tangan untuk mendaki. Pada masa yang sama berlangsung acara marathon dari kawasan meletak kenderaan ke puncak Nuang dan berpatah semula ke kawasan meletak kenderaan sebanyak 5 kali. Acara tersebut berlangsung selama 48 jam. Kira-kira jam 3.30 petang, kami tiba di puncak Nuang. Terdapat dua puncak di Gunung Nuang. Puncak yang pertama dipanggil Puncak Pengasih dan kedua di panggil Puncak Nuang. Puncak Nuang lebih tinggi daripada puncak Pengasih. Semasa kami berada di antara Puncak Pengasih dan Puncak Nuang, hujan turun namun hanya sepintas lalu.
Setelah berehat selama setengah jam, kira-kira jam 4.00 petang kami turun menuju ke Kem Lolo. Tempoh perjalanan turun lebih pendek kerana tidak memerlukan banyak tenaga berbanding mendaki dan pergerakan kami agak pantas. Kira-kira jam 6.45 kami tiba di Kem Lolo dan membersihkan diri sebelum menjamu selera. Senja sudah melabuhkan tirainya dan kegelapan menjelma. Menu kami malam itu ialah nasi, kari ayam, telur, dan sambal bilis. Selepas itu, kami bersembang dan berbincang seketika berkaitan projek kami yang lebih besar pada tahun 2015 sebelum masing-masing kembali ke khemah dan berehat.

Pada pagi 31 Ogos 2014, suasana amat sejuk. Kami bangun kira-kira jam 6.30 pagi dan menunaikan solat Subuh. Sesudah itu, kami duduk seketika menantikan cahaya matahari dan menyediakan sarapan. Pagi itu kami menikmati hidangan ‘pancake’ bersama jem strawberi dan air kopi. Selepas makan kami kembali berehat di dalam khemah kerana ketenangan hutan menenangkan kami. Kira-kira jam 12 tengah hari, kami ke sungai untuk mandi dan menyediakan makanan tengah hari. Menu kami ialah nasi, daging kurma, sambal bilis dan telur dadar. Kami makan bersama dan melakukan aktiviti air. Setelah semuanya puas bermain air, kami mengemas kembali alatan kami dan bersedia untuk bergerak pulang.


Dalam perjalanan kami ke kawasan meletak kenderaan, hujan turun dengan lebat. Ketika itu berlaku insiden yang menyayat hati kerana tapak kasut Sakinah tercabut. Dia terpaksa menggunakan selipar Afifi dan malang tidak berbau, selipar itu putus. Lantas Aizuddin meminjamkan seliparnya.  Akhirnya kami berjaya sampai ke kawasan meletak kenderaan pada jam 6 petang. Kami bersiap-siap membersihkan diri dan bergerak pulang.


(ditulis oleh Aqif)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

By car, 6 teenagers arrived at Nuang parking lot around 6 a.m. on 30th August 2014. This expedition was participated by Aizuddin, Aqif, Afifi, Athirah, Nabila and Sakinah and this team started their journey on 4 a.m. on the same day. Around 6.50 a.m., we continued our journey towards Lolo Campsite while the daylight shows us the path. It took about 2 and half hours to reach there.  After getting suitable site, we built our tents and prepared some breakfast. We all were starved at that time. Our menu was bread with strawberry jam or tuna and hot tea. We took rest for a while because Aizuddin, Aqif, Afifi, and Sakinah will continue their journey to the mount top. Sharp on 11 a.m., the hiker team carried on their plan while Athirah and Nabila stay at the campsite and preparing the dinner. 
The route to the top was challenging our mental and physical because the path was getting slopped every times we moved forward. On the same time, there was a marathon held there which the participants need to run from the parking site to the Nuang’s peak and return back to parking site for 5 times. The event was held for 48 hours. Around 3.30 p.m., we reached Nuang top. Actually there is 2 peaks at Nuang which the first peak is Pengasih Peak and second one is Nuang Peak. Nuang Peak is higher than Pengasih Peak. When we were in the middle of these two peaks, rain was pour heavily but luckily it was just a moment.




Then half an hour later, we returned back to Lolo Campsite. It took shorter time to return back compared with hiking because we use less energy and our movement was quite fast. We arrived at Lolo Campsite around 6.45 p.m., and clean up ourselves before ate. The surrounding was getting darker. Our menu at that night was rice, chicken curry, egg, and ‘sambal bilis’. After that, we having a conversation and discussion about our next year bigger microadventure before went to our own tent and took a rest.
It was cold and relax condition on the 31st August 2014 morning. We woke up around 6.30 a.m. and perform Suboh prayer. Then we take a seat for a while to wait for the sun rise and prepared our breakfast. On that morning, we ate pancake with strawberry jam and coffee. After that, we take a break in the tent while enjoyed the forest relaxation. At 12 p.m., we gather at the river nearby to take a bath and prepared our lunch. Our menu was rice, stew beef, ‘sambal bilis’, and egg. We ate together and having some activities. Then we suit up and pack our stuff to get back home.
While on our way to the parking site, rain was pour heavily and at that time there was an incidence happened which Sakinah shoes cannot be used anymore and had to throw away. She had to borrowed and used Afifi sandal and the sandal was too. Then she had to borrowed Aizuddin’s sandal and use it for a while. Then, we managed to arrive at the parking site on 6 p.m. After clean up ourselves, we get back home safely.



<iframe src="//player.vimeo.com/video/105846376" width="500" height="281" frameborder="0" webkitallowfullscreen mozallowfullscreen allowfullscreen></iframe> <p><a href="http://vimeo.com/105846376">Microadventure Mount Nuang</a> from <a href="http://vimeo.com/user26534166">aizuddin</a> on <a href="https://vimeo.com">Vimeo</a>.</p>
 (written by Aqif)


Thursday, 11 September 2014

Broga - Gunung Tok Wan - Sungai Tekala

Ekspidisi pada kali ini di sertai oleh 10 orang peserta yang bersemangat untuk menawan puncak Broga yang terletak di Semenyih. Kami mengorak langkah menaiki dua buah kereta menuju ke destinasi kami pada jam 10 malam bertarikh 20 Jun 2014. 
Perjalanan kami bermula di Shah Alam dan mengambil masa selama dua jam untuk tiba ke kaki bukit Broga. Suasana di kawasan tempat meletak kereta sungguh gelap hingga membataskan pergerakkan kami. Mujur setiap orang mempunyai lampu suluh dan kami meneruskan perjalanan kami ke puncak Broga.
Kami tiba ke puncak kira-kira jam 2 setengah pagi. Setelah memilih kawasan yang sesuai, kami meletakkan peralatan dan berehat seketika. Kami mula memanaskan air untuk membuat teh dan membuka sedikit makanan seperti biskut dan roti. Kami menggunakkan apa sahaja hamparan yang ada seperti ‘ground sheet’, ‘sleeping bag’, dan ‘sleeping mat’ untuk melindungi pakaian dari terkena tanah. Sambil mengisi perut, kami berbual-bual sambil berkenalan kerana ada di antara kami baru pertama kali berjumpa. Kemudian kami merebahkan badan dan cuba untuk melelapkan mata.

Kira-kira jam 5 pagi, suasana menjadi hingar-bingar. Pengunjung sudah mula memenuhi puncak Broga dan kami semua terjaga. Kemudian kami menunggu waktu Subuh dan menunaikan solat. Kami menunggu sehingga matahari muncul sambil bergambar. Setelah suasana menjadi terang, 4 orang dari kumpulan kami mempunyai misi yang lain iaitu menawan puncak Gunung Tok Wan pula. Jadi kami berpecah kepada dua kumpulan; kumpulan pertama meneruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan dan kumpulan kedua turun dari Broga ke tempat letak kereta.


Perjalanan ke puncak Tok Wan mengambil masa kira-kira 3 jam. Cabaran pada kali ini ialah keadaan jalan yang mendaki dan diselangi menurun. Kami menempuh keadaan sedemikian banyak kali dan mengakibatkan kesakitan pada bahagian peha. Malangnya, semasa dalam perjalanan, kaki Aizuddin mengelami kekejangan dan tidak dapat meneruskan kerana bimbang kecederaan menjadi serius. Maka perjalana di teruskan dengan 3 orang peserta iaitu Shaq, Nazreen dan Aqif. Kami bertiga tiba di puncak kira-kira jam 10 pagi dan berehat seketika sebelum berpatah balik.


Keadaan di puncak Gunung Tok Wan tiada apa yang mengujakan kerana di permandangan puncak di halang oleh pokok-pokok yang besar. Kemudian kami berpatah balik dan ketika sampai ke kaki gunung, kami hampir berputus asa kerana terpaksa menempuh kawasan Broga yang tidak mempunyai pokok dan kelihatan seperti padang. Jam menunjukkan pukul 1 petang dan kami terpaksa juga meneruskan perjalanan walaupun meredah panas terik matahari. Keadaan Broga yang seperti gurun kerana debu-debu memasuki mata dan bekalan air sudah habis. Kami berjaya tiba di kawasan tempat meletak kereta dan berjumpa dengan ahli pasukan kami yang lain. Setelah berehat selama 10 minit, kami meneruskan aktiviti kami ke Sungai Tekala. Jarak Sungai Tekala dari Broga tidak begitu jauh, kira-kira 15 ke 20 minit.

Di sana, kami mula memasak nasi dan lauk sambil menikmati air sungai yang menyegarkan. Menu kami pada ketika itu ialah nasi, telur dadar, sardin, dan sambil bilis. Setelah mengisi perut, kami membersihkan diri dan menukar pakaian. Kami bertolak pulang kira-kira jam 5 petang dan akhirnya sampai ke rumah masing-masing dengan selamat
Broga-20 June
Tekala-21 June




(ditulis oleh Aqif)



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


This time, our expedition was to reach the top of Broga’s Hill located at Semenyih. We managed to gather 10 persons this time. By using two cars, we were heading to our destination around 10 p.m. on 20 June 2014. We started our journey at Shah Alam and the journey took about 2 hours to reach Broga’s Hill. The environment at the parking site was pitch black and caused a problem for us to walk. Luckily everyone had their own torchlight and we continued our journey to Broga’s peak.

We managed to arrive on the top of Broga’s Hill about 2 a.m on 21st June 2014. After getting a proper place, we put down our equipment and take a breath for a while. Then, we heat up plenty of water for the tea and recover our energy with some biscuit and bread. We used ground sheet, sleeping bag, and sleeping mat to cover up from the dirt. While rest, we talk about ourselves because some of us just met for a first time. Then, after settle down, we try to sleep.

About 5 a.m., our surrounding turns from silent to noisy. Visitor started to reach the Broga’s peak and all of us woke up. Then, we perform Suboh prayer and wait for the sun rise. To fill the gap, we took tons of pictures. When the daylight covered the surrounding, four members from our group decided to continue to Mount Tok Wan peak. So our expedition team split into two groups; first group continue to Mount Tok Wan and second group went down to car park. The journey to Tok Wan peak took around 3 hours. The challenges this time was the continuously incline and decline path. It caused our thighs loosen. 
Unfortunately, Aizuddin cannot continue the mission because he suffered from muscle cramp and won’t take any risk. So the mission was carried on by Shaq, Nazreen, and Aqif. We made to the peak around 10 a.m. and take a breath for a while before turns back.

Actually, nothing was unique there. The peak view was block by the big trees. Then, we turn back and when we arrived on Broga, we almost lost our hope. It is because we had to across Broga that doesn’t have any trees and look like desert field. We had to across it even though the heat from the sun burns us because the clock shows 1 p.m. Its feel like we were at the desert because the dust enters our eyes and we had no water supply left. We made to the car park and gather with our group members. After take a short break for 10 minute, we continued our activity to Tekala River. The distance between Broga and Tekala River was not far, it took about 15 to 20 minutes.

We started cooked rice and dishes while enjoying the clod and refreshing water. Our menu was rice, egg, sardine, and ‘sambal bilis’. After having meals, we clean up ourselves and changed our cloth. We went back home on 5 p.m. and arrived at our home safely.



Batu Ferringhi, Penang

Sinar suria matahari telah lama melabuhkan tirainya. Hanya limpahan cahaya dari lampu neon jalan menerangi kawasan tempat kami menunggu. Pada malam ini, atau lebih tepat lagi, pada malam 23 Mei 2014, kami berada di Stesen Bus Shah Alam untuk menunggu bus kami yang dijadualkan bertolak pada jam 11 malam. Perjalanan kami kali ini agak jauh kerana kami memilih untuk bermalam di Pulau Pinang. Kali ini, dengan kehadiran Nazreen dan Intan, kami menuju ke Pulau Pinang atau nama lainnya Pulau Mutiara berempat. Oleh kerana perjalanan ke Pulau Pinang di jangkakan mengambil masa selama 5 jam, kami membuat keputusan untuk bertolak pada waktu malam supaya sepanjang perjalanan nanti kami dapat melelapkan mata dan berehat selain menjangkakan yang kami akan tiba di sana pada awal pagi.

Jam menghampiri 11 malam dan pengangkutan kami sampai. Kami teruja kerana bus yang bakal kami naiki ialah bus dua tingkat dan kerusi kami berada di tingkat atas. Sepanjang perjalanan bermacam-macam yang kami lakukan tetapi kebanyakkan masa kami tidur.
Awal pagi 24 Mei 2014, kami tiba di Stesen Bus Butterworth. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi dan kami tidak boleh kemana-mana kerana untuk ke Pulau Pinang, kami terpaksa mengambil feri yang dijadualkan tertolak paling awal pada jam 6 pagi. 

Jarak dari stesen bus dan jeti tidak begitu jauh. Perasaan teruja menyelubungi tatkala terlihat cahaya matahari menyinar menerangi bumi dan kabus yang semakin menghilang. Setelah tiba di pulau, kami mencari-cari kedai makan. Malangnya tiada kedai makan berhampiran jeti, jadi kami berbincang di Stesen Bus Rapid Penang dan sekaligus menaiki bus menuju ke tempat tujuan kami. Kami bersetuju untuk pergi ke Taman Negara Penang dan turun dari bus sekirannya terlihat mana-mana kedai makan sepanjang perjalanan kami. Ketika bus kami tiba di satu kawasan, Aizuddin terpandang akan sebuah kedai makan yang tidak berapa jauh dan kami segera turun dari bus.


Apabila sampai di kedai makan tersebut, kami meminta makanan dan minuman. Penting untuk kami mengisi perut sebelum tiba di Taman Negara Penang kerana khuatir di sana tiada makanan dan tiada tenaga. Usai makan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami dengan menaiki bus. Apabila sampai di Taman Negara, kami teruja dan segera mendaftar masuk sebagai langkah keselamatan. Lebih kurang jam 10 pagi, kami memulakan langkah memasuki Taman Negara Penang. 
Bermacam-macam kawasan yang kami lalui antaranya kawasan hutan, paya, pantai, batu sehinggakan tidak tahu sudah berapa kilometer kawasan yang kami lalui. Terasa sedih ketika melihat sampah sarap angkara tangan-tangan manusia merosakkan permandangan indah Taman Negara Penang. Kami tiba di kawasan pantai yang agak luas dan membuat keputusan untuk berehat seketika. ‘Groundsheet’ Aizuddin dibuka dan kami beramai-ramai merebahkan badan di atasnya. Bayu laut ketika itu sungguh mendamaikan dan pohon-pohon rendang melindungi tubuh kami dari sinaran terik cahaya matahari.
Setelah sejam berehat, kami meneruskan perjalanan tetapi sebelum itu, kami memakai krim pelindung UV bagi mengelak kulit kami dari terbakar. Kemudian kami dikejutkan dengan kecederaan yang di alami oleh Intan. Kakinya melecet kerana pemakaian kasut yang tidak sesuai. Walau bagaimanapun, perjalanan kami di teruskan. Kami tiba di satu lagi kawasan pantai yang mempunyai ramai pengunjung sedang bermandi manda. Kami tergoda dengan air laut yang diharapkan boleh meredakan haba yang terhasil daripada tubuh kami tetapi kami harus fokus. Kami mahu tiba di rumah api sebelum melakukan aktiviti yang lain. Kami berhenti seketika untuk berehat dan membeli air. Jarak antara kami dengan rumah api tidak jauh tetapi kami harus mengharungi pendakian tangga yang amat mencabar. Pada masa itu, beg yang di galas oleh Aqif dan Aizuddin seberat kira-kira 10 kilogram dan terasa semakin berat semasa keletihan. Dengan keazaman yang tinggi kami meneruskan perjalanan walaupun tidak pantas. Semasa dalam perjalanan, kami bertemu dengan seorang pengunjung dari Thailand yang berusia dalam lingkungan 60’an yang masih gagah mendaki tangga-tangga rumah api itu dan dia seorang wanita.


Akhirnya kami tiba di lokasi tujuan kami iaitu rumah api. Malangnya keadaan di sana terlalu panas dan kami kehabisan air. Air paip juga tiada untuk kami menyejukkan badan. Lantas, Aqif dan Nazreen mengambil keputusan untuk membuka baju sementara tiada pengunjung lain. Tetapi tidak lama kerana pengunjung dari Thailand itu tiba. Kami berbual-bual dengan dia. Kami mengenalinya sebagai Aunty Petra. Bermacam-macam soalan yang di tujukan kepadanya dan dia menceritakan pengalamannya mengembara ke lebih 60 buah negara bersendirian dan kadangkala berteman. Baginya, mengembara amat menyeronokkan dan dia lebih teruja melihat kami yang mula menjelajah pada usia yang muda. Bagi dirinya, apa yang kami lakukan bagus dan tidak semua berpendapat dengannya. Sesetengah orang beranggapan kami ini hanya membuang masa tetapi dia memberikan kami semangat dan harapan. Semasa berbual, Aunty Perta juga memberi cadangan tempat-tempat yang kami boleh lawati dengan kos tempat tinggal yang murah. Tidak lama kemudian, Aunty Petra berpatah balik tetapi kami bercadang untuk berehat seketika. Lalu kami menaiki rumah api untuk ke puncaknya. Kami menyesal kerana tidak menaikinya awal-awal kerana keadaan di situ sungguh berbeza dengan di bawah. Keadaan berangin sungguh mempersonakan dan kami bercadang untuk berehat lebih lama sambil menikmati permandangan.

Lebih kurang jam 2.30 petang, kami bersedia untuk turun. Kami tiba di pantai paling hampir dan mencari kedai untuk membeli air. Luluh hati kami ketika mendengar pertanyaan peniaga di sana yang musykil kerana kami membawa beg naik ke rumah api. Peniaga tersebut mengizinkan para pengunjung untuk menumpang meletakkan beg di kedainya. Tiada apa yang kami boleh lakukan kerana kami telah pun turun. Terasa diri ini kurang bijak pada ketika itu. Kami membuat keputusan untuk menaiki bot kerana kami telah kehabisan tenaga untuk berpatah balik dan menjimatkan tenaga. Setelah sampai di pintu masuk, kami mendaftar keluar dan membersihkan diri sebelum bersolat. Terasa amat lega ketika air menyentuh tubuh dan menghilangkan bahang kepanasan. Setelah semuanya bersiap dan letih mula menghilang, lapar pula menjelma. Kami segera mendapatkan bus dan menuju ke kedai makan yang kami kunjungi pagi tadi.
Kami tiba di kedai makan dengan penuh berselera dan lebih kurang jam 5 petang, kami tiba di tapak perkhemahan kami yang berada di tepi pantai. Rancangan kami untuk berehat terbantut kerana terik matahari menyebabkan kami seperti cacing kepanasan. Nasib baik kerana ‘flysheet’ milik Aqif dapat digunakan untuk melindungi diri dari bahang matahari. Kawasan perkhemahan kami sebenarnya terletak di hadapan chalet yang di sewa oleh ahli keluarga Aizuddin dan Nazreen. Lewat petang itu, kami semua menaiki ‘banana boat’.


Pada malam hari, kami hanya berehat-rehat di perkarangan khemah kerana masih penat mengharungi Taman Negara Penang siang tadi. Kami berasa bangga kerana boleh melihat rumah api yang kami daki dari kawasan perkhemahan kami. Bangga kerana kami boleh berjalan begitu jauh. Pada masa itu Nazreen tertidur dan kami masih berbual-bual. Semasa kami tiba siang tadi, kami bercadang untuk menghidupkan unggun api tetapi kerana keadaan pantai yang tidak begitu sejuk, niat kami terkubur. Tidak lama kemudian, hujan mula turun dan Aizuddin mengejutkan Nazreen untuk memasuki khemah. Tidak lama kerana selang seminit memasuki khemah, Nazreen keluar. Rupa-rupanya khemah kami basah di masuki air. Mujur hujan tidak lama tetapi kami di kejutkan oleh bunyi bising dari chalet jiran yang memasang lagu dengan begitu kuat sambil berpesta. Pada jam 11 malam, ahli keluarga Aizuddin dan Nazreen pulang sambil membawa pasembor. Kami makan sambil di temani bunyi music dari chalet jiran. Pada mulanya kami tidak kisah kerana mereka mengadakan parti hari jadi tetapi bunyi bising itu berpanjangan sehingga ke jam 2 pagi. Kami menghadapi masalah untuk tidur kerana gangguan bunyi serta bahang di dalam khemah. Kawasan khemah kami tidak berangin langsung dan menyebabkan tiada aliran udara di dalam khemah. Jam 3 pagi kami nekad untuk membentangkan ‘groundsheet’ berhampiran khemah dan tidur di situ. Intan tetap berada di dalam khemah kerana bimbang akan keselamatan. Aqif, Aizuddin dan Nazreen tidur di kawasan terbuka walaupun gangguan bunyi masih belum berhenti.



Pada pagi 25 Mei 2014, kami berempat kelihatan lesu kerana kekurangan tidur. Hari itu merupakan hari terakhir percutian kami ke Pulau Pinang. Kami terpaksa berangkat pulang kerana keesokkan harinya merupakan hari Isnin dan kami tidak cuti pada hari Isnin. Pada pagi itu, kami membuat kopi dan minum bersama roti serta tuna. Kami mengisi perut sambil menikmati permandangan pantai di awal pagi. Kemudian kami berkemas-kemas dan mengambil beberapa gambar. Kami menyertai ahli keluarga Aizuddin dan Nazreen bersarapan di kedai makan berhampiran. Usai bersarapan, kami menaiki Rapid Penang menuju ke jeti untuk menaiki feri. Kami bercadang untuk menaiki bus di Penang Sentral setelah bertanyakan pendapat penduduk tempatan. Ketika tiba di Penang Sentra, kira-kira jam 12.30 tengah hari dan kami terpaksa berpecah kepada dua kumpulan kerana Aizuddin dan Nazreen perlu menaiki bus ke Stesen Bus Pudu manakala Aqif dan Intan perlu menaiki bus ke Stesen Bus Shah Alam. Bus terawal ke Pudu pada jam 1 petang manakala bus terawal ke Shah Alam pada jam 3 petang. Setelah masing-masing menaiki bus ke destinasi yang di tuju, kami pulang ke rumah dengan selamat.

(ditulis oleh: Aqif)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


The darkness was rising during that time. The only light source was come from the road lamp nearby. On that night, specifically on 23rd May 2014, we already at the Shah Alam Bus Station, was waiting for the bus which should depart on 11 pm. We choose to go further at this time for our expedition which at Penang Island. For this time, this expedition to Penang Island or known as Pearl Island was involving 4 person which includes Aizuddin, Aqif, Nazreen and Intan. 

We decided to choose the journey on the midnight because the journey will took about 5 hours so we can sleep or rest while on the way there. We expected to arrive there on early morning. Time was nearing 11 pm and our transport had arrived. We felt so excited because our bus was double storey and our seat was on the top storey. On our way, we slept, chat, took pictures and others but for the most of the times we slept.
On the next day which on 24th May 2014, we arrived at Butterworth Bus Station. Time shows 5.30 am and we stuck there because to get to Penang, we need to take a ferry and the earliest departure time was on 6 am. The distance between the bus station and jetty was just nearby. Excitement was felt when we saw sun rises and fog disappearing. Once arrived on that island, we search for the restaurant nearby to eat while discussion our next destination. Unfortunately, there was no restaurant nearby so we had to make a little discussion on the Rapid Penang Bus Station and directly took the bus. We had decided to go to Penang National Park and will stop if there is restaurant available. When the bus pass through the unknown location, Aizuddin saw a restaurant and we choose to get down there.


Once arrived, we ordered our meals. It is important for us to eat before get to National Park because we afraid if there is no restaurant the means no energy to continue the journey. After took the meals, we continued our journey by bus. 

The excitement was increasing when we were arrived at Penang National Park but first, we need to sign in for safety purpose. We started our quest on 10 am. Our journey was already covered lots of area includes forest area, beach, swamp, rocky area until we don’t even know how far we already go. It feels terrible when saw rubbish that left by human being which disturb the nature scene there. When we arrived on the beach that the area was quite wide, we decided to take a rest for a while. Aizuddin open his groundsheet and we laying down on it. The sea breeze was so good and we were covered from the sunlight by the shaded trees.

We stop for an hour before continued the journey but before that, we use sunblock to avoid the sun burns. Then, an accident occurred when Intan foot was blistered because of improper shoe used but the journey was going on. We arrived on another beach that had lot of visitors. We were stunned by the sea water that looks chilling but we have to focus. We wanted to reach the lighthouse first. Then, we stop a while and bought some drink. Our distance to reach the lighthouse was not too far but we had to face the incline steps first. At that moment, Aqif and Aizuddin bag was about 10 kilogram and it felt heavier when the energy decreasing. With the high spirit, we continued our journey. While on our way, we met a female visitor about 60 years old came from Thailand and she was alone.
Then, we managed to reach the lighthouse but unfortunately, the condition was too hot and we already have no drinking water left. There is no tap water also to cool our body and Aqif, Aizzudin and Nazrenn had to remove our shirt while there is no other visitor there. But, few minutes later, the visitor from the Thailand came. 




We had a conversation there and known her as Aunty Petra. Ton of questions went out from out mouth and she told us her experienced that already explored over 60 countries alone and sometimes with her friend. For her, exploring is fun and she felt excited to see us started exploring on young ages. For her, what we were doing is good but not everyone will agree with us. Some people thought that we were wasting our time but she gave us hope and motivation. Aunty Petra gave us suggestion about the suitable country that we can visit for the future with low living cost. Then, she decided to return to the beach but we want to rest for the moment. After that, we climb to the lighthouse top. The condition on the top was different with the ground. The windy condition chill us and we decided to take a few minute to rest while enjoying the view. About 2.30 pm, we were ready to turn back. We reach the nearest beach and searching for drink. We were disappointed when seller ask us about the heavy bag that we been carried along our journey. She said that the visitor can put their bag at her shop and nothing can we do because we already on our way to campsite. We felt stupid at that time. We decided to take a boat because couldn’t manage to walk back. At the gate, we check out and clean up ourselves. It felt so relive when cold water touch our body. When all of us were ready, we search for restaurant because all of us felt hungry. We went to the same restaurant that we took our breakfast on that morning.
We took our lunch late and about 5 pm, we arrived at our campsite which located at the beach. Our plan to get rest on the beach was stopped by the heat from sun but luckily we have a flysheet belong to Aqif that can be used as cover. Actually, our campsite was located in front of the chalet rent by Aizuddin and Nazreen family members. On the late evening, all of us rode banana boat. During the night, we just rest nearby our tent. 
From the resting place, we can see the lighthouse that we went before. Nazreen already slept meanwhile Intan, Aizuddin and Aqif still having a conversation. On the evening, we plan to build a campfire but the condition was not suitable. Later then, rain was pouring and Aizzudin ask Nazreen to get into tent. Few minute later, Nazreen get out from the tent because our tent was flooded. Luckily it won’t get long but we were shocked by the loud sound came from the nearby chalet that played music while having a party. 

On 11 pm, Aizuddin and Nazreen family members return and bought us local food called ‘pasembor’. We ate with the loud noise still played. Initially, we don’t even bother because they having a birthday party but they won’t stop until 2 am. We can’t sleep because of the loud noise and the condition in the tent was very hot like in an oven. Our campsite didn’t have proper air flow so the heat inside our tent cannot be release out. On 3 am, we open the groundsheet in front our tent and slept there. Intan still on her tent for safety purpose but the rest was falling asleep in open placed even though the music won’t stop.




On 25th May 2014 morning, all of us were tired because lack of sleep. That day was the last day for us to Penang Island for that expedition. We had to get back home because on Monday, we had a work to do. On that morning, we made coffee and drink it with slice of bread with tuna. We having a breakfast while enjoy the beach view. Then, we pack our stuff and took few photos. We join Aizzudin and Nazreen family members taking a breakfast at restaurant nearby. Once get full, we took Rapid Penang and headed to the jetty to get a ferry. We decided to take a bus at Penang Sentral after getting an opinion from local people. We arrived at Penang Sentral about 12.30 pm and we had to divide into two group. It is because Aizuddin and Nazreen had to go to Pudu Bus Station meanwhile Aqif and Intan had to go to Shah Alam Bus Station. The early bus to Pudu was on 1 pm meanwhile to Shah Alam was on 3 pm. Then, all of us were arrived at home safely.


(Written by Aqif)