28 Februari 2015 (Sabtu) - Ekspidisi ke Air Terjun Berkelah yang terletak di Maran, Pahang kali ini disertai seramai 15 orang lelaki dan perempuan yang rata-rata tidak lagi mengenali satu sama lain. Tempat berkumpul kami adalah di KFC Seksyen 7 Shah Alam kerana rata-rata kami semua dari Shah Alam. Tempat yang lapang dan tidak gelap untuk membuat pengagihan barang-barang makanan yang ingin dibawa. Tepat jam 4.05 pagi kami bergerak menuju ke destinasi iaitu Masjid Kampung Gelugur, Maran. Sekitar jam 6.20 pagi kami tiba di Masjid Kampung Gelugur dan menunaikan solat Subuh berjemaah. Persiapan terakhir barang-barang yang perlu dibawa dilakukan.
Khemah..........................checked
Makanan.........................checked
Keperluan memasak........checked
Arang (bbq).....................checked
Lampu.............................checked
Stoved.............................checked
First aid...........................checked
Jam menunjukkan 7.30 pagi, aizuddin menelefon "jepun", lelaki yang akan membawa kami ke tempat permulaan dengan menaiki lorinya. Cas yang dikenakan hanya RM8/seorang untuk pergi dan balik, masa pulang kami telah ditetapkan dengannya pada jam 12.30 tgh hari keesokkan harinya. Abang ni namanya Fendi tetapi mukanya yang seakan-akan orang jepun membuatkan dia dipanggil jepun. Perjalanan lori ke tempat permulaan mengambil masa kira-kira 15minit, kereta diletakkan di kawasan gerai makan dan masjid kerana disitu lebih selamat berbanding dengan tempat permulaan yang banyak berlaku kes pecah kereta.

Setlah tiba di puncak, iaitu CP7, kami sangat terpegun dengan air terjun yang begitu tinggi dan deras airnya. Kami semua menukar pakaian ke tema "tradisional" untuk bergambar berlatar belakang air terjun ini. Selepas beberapa minit, kami sedia untuk terjun ke dalam kolam ini tetapi masih ragu-ragu dengan kedalamannya. Jadi, aizuddin yang pertama cuba berenang ke tengah dan kemudian patah balik kerana terkejut dengan kedalaman. Air yang sungguh jernih tetapi apabila hanya dua atau tiga meter ke hadapan, kawasan itu sungguh gelap dan tidak lagi kelihatan dasarnya. Perlahan-lahan kami mengambil masa untuk mendapatkan "water confident". Diakui kesilapan kami, iaitu tidak membawa "Life Jacket" ke sini. Dengan kolamnya yang mempunyai kedalaman sedalam 50 kaki (+- 15 meter), hanya yang yakin untuk berenang sahaja akan memasuki kolam ini. Manap, Sukha, Safa, Athirah, Awatif, Di, Eqah dan Mira hanya berendam dikawasan cetek. Semua tidak begitu yakin untuk membuat terjunan dari atas batu (bersebelahan air terjun). Jadi, Syuk dengan yakinnya menjadi orang pertama terjun dan di ikuti oleh yang lain.
Kami turun ke tapak khemah kami sekitar jam 6.00 petang dan sejurus selepas tiba, kami bersiap-siap untuk memasak makan malam sementara hari masih cerah. Makanan siap semuanya jam 8.00 malam, setelah semua selesai mandi dan solat secara bergilir-gilir, kami menjamah makanan kami iaitu Nasi putih, telur dadar, kari kambing, ayam bbq, dan sambal strawberry. Sylvester menyalakan unggun api, ada yang sambung berbual selepas makan malam dan ada yang tidak lama selepas makan malam terus menyiapkan diri untuk berehat dan tidur kerana keletihan. Jam menunjukkan pukul 10.45 malam dan ramai telah tidur. Manakala Sylvester, Manap, Awatif, dan Aizuddin sambung berbual berbumbungkan langit yang jelas kelihatan bintang-bintang yang memantulkan cahaya. Ada pula yang sudah terlena di atas batu dan groundsheet dek kerana keletihan. Pada malam ini ada yang tidur di dalam khemah dan ada yang tidur berbumbungkan langit.
Hari ke-2 :
Bangun seawal 5.50 pagi dan bersiap menunaikan solat Subuh. Kemudian Syuk, Dzul, Di, dan Eqah mula bersedia untuk menyiapkan makan pagi dan yang lain turut serta membantu. Menu pagi ini bihun goreng, telur dadar, nasi goreng beserta air teh o dan kopi o panas. Selepas selesai makan pagi kami mengemas kembali tapak perkhemahan dan turun ke CP3 untuk membuat beberapa terjunan sebelum pulang ke KL, 15 minit masa yang dijanjikan. Setelah 15 minit, kami menyambung perjalanan ke tempat berkumpul bagi Fendi untuk ambil kami dan menghantar ke Masjid Kampung Gelugur semula. Setelah siap membersihkan diri dan solat kami semua makan tengah hari di gerai sebelah masjid. Pulang ke KL sekitar jam 2.30 petang dan Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing-masing.
*tambahan cerita: website aizuddin
(ditulis oleh: aizuddin)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
28 February 2015 (Saturday) - Expedition to Berkelah Waterfalls this time is joined by 15 people that mostly didn't meet each other yet. The first meeting point was at KFC Section 7 in Shah Alam because most of us from Shah Alam. This area is a good place to distribute the items before we move on as the space and the lighting is good. At 4.05 am we started our journey to Kampung Gelugur Mosque in Maran (Pahang) and by 6.20 am we arrived there. After Subuh prayer, we had our last item checking :
Camp..............................checked
Food...............................checked
Cooking utensils..............checked
Cahrcoal.........................checked
Torchlights......................checked
Stoved............................checked
First aid...........................checked
Aizuddin called the lorry driver that will get us to the starting point at 7.30 am to remind him about us that need him to send us. The charge is just RM8/person for return trip and we have decided that he will fetch us back tomorrow at 12.30pm. The time taken to the starting point is about 15 minutes and the cars were parked near to the mosque and the food stalls because it is safer there.


We prepared our dinner as soon as we arrive at our campsite around 6.45pm. It is better to start preparing for dinner while it is still bright. Dinner is ready by 8.00pm and we all have our dinner together as all of us done cleaning up ourselves and pray. Our dinner tonight was Rice, Eggs, Lamb curry, chicken barbeque (the leftover), and "spicy strawbeery sauce". After finished dinner, Sylvester start a fire and let it burned for the night. Some of us continues chatting and some already gone asleep in the camp. It was just 10.45pm and most of us already sleeping. Just Sylvester, Manap, Awatif, and Aizuddin continues chatting until 11.30pm under the clear sky. Some of us sleep on the big rock and some on the groundsheet.
Day-2 :
Woke up at 5.50am and we started preparing breakfast after our Subuh prayer. Syuk, Dzul, Di, and Eqah started it and the rest come to help. Our menu for this morning was fried bihun, fried rice, scramble eggs, and the spicy straberry sauce, together with tea and coffee. After breakfast, we pack our stuffs and went back but before that we stop at CP3 for 15minutes to dive into the river (still happy to do it). Few dive done and we continued our journey back to the meeting point and our lorry driver (Fendi) came on time to pick us up back to the mosque where we parked our cars. Get cleaned, pray, then we had our lunch at the food stall there. We then get back to KL and praise to God, everyone arrived home safely.
(writen by: aizuddin)