Monday, 23 June 2014

First Hiking-Camping Expedition



Langkah mula di atur satu persatu. Puncak Nuang yang berketinggian 4 898 kaki dan merupakan puncak yang tertinggi di Selangor menjadi idaman. Permulaan perjalanan di mulakan dengan doa kepada Maha Pencipta agar mendapat keberkatan dan terlindung dari segala mara bahaya. Cabaran di mulakan pada jam 6.00 petang dan kami di iringi oleh hujan lebat yang menyebabkan hari semakin gelap. Ponco dipakai bagi mengelak beg dan pakaian daripada basah. Jarak dari gerbang kaki Nuang ke Kem Lolo sejauh 6.5 kilometer sahaja namun dengan pendakian dan penurunan serta susur jalan yang bagai ular di palu memberi tentangan hebat kepada kami. Hanya pengalaman Aizudin yang pernah menempuh perjalanan sepanjang 5 kilometer pertama menjadi pertaruhan. Titisan hujan tidak putus-putus sejak kami memulakan perjalanan. Rasa dingin sejuk beku membataskan lagi pergerakan dan di tambah oleh bebanan beg di belakang. Bahu masing-masing mula menjerit-jerit meminta agar perjalanan ini di hentikan segera. Kami terpaksa berhenti tatkala tekak mula kering walaupun baju dan seluar kami telah basah kuyup. Kami bernasib baik kerana beg masih kering dan ini bermakna peralatan kami masih selamat dari di selimuti air hujan. Dalam perjalanan, kami di sapa beberapa kali oleh pengunjung yang kelihatan sedang menuruni Gunung Nuang ketika kami pula dalam perjalanan untuk menawan gunung tersebut. Raut wajah hairan terpacar dari wajah mereka kerana kami memulakan perjalanan tatkala matahari sedang melabuhkan tirainya. Mungkin terlintas di hati mereka samada kami ini terlebih bersemangat atau gila atau hebat, kami tidak tahu dan kami tidak ingin tahu. Pada kami, seeloknya perjalanan di teruskan.


Jam menghampiri 7 setengah malam, namun masih terdapat cahaya yang menerangi jalan dan membantu perjalanan kami. Kegelapan mula menyelubungi kami pada jam 8 malam dan perjalanan di teruskan dengan bantuan lampu suluh dan ‘head lamp’. Hanya naluri menjadi teras kami ketika itu kerana ini pertama kali mendaki Nuang di malam hari. Waktu melepasi jam 8 malam dan menghampiri jam 9 malam. Kami tidak dapat meneruskan lagi perjalanan ke Kem Lolo kerana pergerakan kami di batasi oleh sebatang sungai yang tidak dapat di agak kedalaman dan kederasannya. Lampu suluh tidak lagi mampu membantu perjalanan kami dan perjalanan terpaksa di hentikan pada hari itu. Pada malam bertarikh 22 Mac 2014, terpaksa membuat keputusan untuk  mendirikan khemah di tepi sungai namun memilih kawasan yang agak tinggi dan rata demi keselamatan kami berdua. Hujan masih lagi lebat dan kami segera menukar baju tetapi masih memakai seluar yang sama demi menjimatkan pakaian bersih. Penunu Bunsen di hidupkan dan air segera di panaskan. Pada malam itu, menu kami hanyalah sup cendawan, roti, dan air teh O. Kelihatan ‘simple’ tetapi bagi kami menu itu sungguh menyelerakan. Betul apa yang sering di perkatakan, kerana bila kita sedang kelaparan semua makanan akan kelihatan menyelerakan dan mengenyangkan. Kami sebenarnya sedang keresahan pada malam itu kerana hanya kami berdua yang berada di kawasan itu namun masing-masing terpaksa menyembunyikan perasaan itu. Usai solat, mendirikan khemah, dan mengalas perut, kami memasuki khemah dan menyediakan diri untuk melelapkan mata. Hujan masih membasahi bumi. Kami harus berehat agar perjalanan esok dapat diteruskan dengan bertenaga. Pada malam itu, kami menghadapi kesukaran untuk tidur kerana terlalu sejuk. Pada mulanya kami tidak mengendahkan pertolongan dari ‘sleeping bag’ namun kami tersedar akan kesilapan kami. Haba yang terhasil daripada pemakaian ‘sleeping bag’ sedikit sebanyak membantu menghalang kami dari kesejukkan yang berterusan mendera sebelum ini.







Di awal pagi bertarikh 23 Mac 2014, kami bersiap untuk meneruskan perjalanan. Cahaya mentari yang menyinar membantu kami melihat suasana sekeliling. Kami terpegun seketika melihat keindahan alam yang tidak dapat kami kecapi di tempat tinggal masing-masing. Seperti biasa menu kami, sup cendawan, roti, dan teh o menjadi santapan. Sedang kami bersarapan, kelihatan ramai pengunjung yang datang dari kaki gunung dan berehat di pondok yang terletak hanya beberapa meter daripada tapak kami mendirikan khemah. Kami sempat juga bertegur sapa dengan mereka. Ketika kami sedang berkemas untuk meneruskan perjalanan, kami di datangi oleh puluhan lebah yang tidak di ketahui asal usulnya.  Bukan itu sahaja, kami turut di tegur oleh makhluk alam yang lain iaitu 3 ekor anjing namun anjing-anjing itu tidak menganggu kami. Anjing-anjing itu sekadar memerhatikan kami dari jauh. Mungkin mereka kelaparan dan mengharapkan makanan dari kami. Setelah berkemas dan bersiap, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kem Lolo. Dua batang sungai harus kami redah untuk sampai ke sana. 




Aqif (kiri) dan aizuddin (kanan) sudah bersedia meneruskan perjalanan ke Kem Lolo


Di Kem Lolo, kami membuat keputusan untuk mendirikan khemah dan meninggalkan barang-barang di dalamnya supaya beban perjalanan kami ke puncak sedikit sebanyak dapat dikurangkan. Pendakian Gunung Nuang amat mencabar bagi kami kerana masing-masing telah lama meninggalkan dunia sukan dan tanpa latihan yang cukup menyebabkan nafas kami menjadi pendek. Kami termengah-mengah dan beberapa kali terpaksa berhenti kerana kesakitan pada bahagian peha. Walaupun menghadapi kesukaran kami nekad untuk meneruskan perjalanan ke Kem Pacat. Dalam perjalanan, kami di kejutkan oleh salakan anjing. Khuatir dengan salakan tersebut, kami mempercepatkan perjalanan kami agar tidak di kejar anjing tersebut. Rupa-rupanya, anjing itu menjadi pengiring kepada pasangan yang sedang mendaki gunung tersebut. Anjing itu ternyata jinak dan cuba mengelak dari melalui tempat kami berehat kerana mungkin nalurinya menyatakan bahawa kami tidak selesa dengan kehadirannya.



Cabaran kami ternyata berbeza berbanding perjalanan kami semalam. Sudut Nuang yang ternyata curam sungguh menggugat diri. Pada kali ini kami tidak berseorangan kerana kelihatan ramai pengunjung yang ingin menawan puncak Nuang seperti kami namun mereka kelihat sungguh bertenaga berbanding kami. Puncak Gunung Nuang menjadi sekadar angan-angan kerana kami tidak mampu meneruskan perjalanan dek kekangan masa. 



Kami harus turun ke kaki gunung menjelang Zuhur kerana masing-masing mempunyai perkara penting yang harus di selesaikan. Pada jam 11 pagi, kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Kem Lolo. Keputusan itu dibuat dengan terpaksa dan masing-masing tertanya-tanya jarak antara tempat kami berpatah balik dengan Kem Pacat. Masing-masing tidak mengetahuinya. Setelah tiba di Kem Lolo, kami mengambil keputusan untuk membersihkan diri di sungai berhampiran. Ini kerana sejak tiba semalam, kami tidak berpeluang untuk membersihkan diri. Sedang kami asyik berendam di dalam air yang terlalu sejuk itu, kami di sapa oleh dua orang pemuda. Kami sempat berbual-bual mengenai pengalaman, asal usul dan sebagainya. Tujuan mereka ke Gunung Nuang hanyalah untuk sampai ke Kem Lolo kerana hanya Kem Lolo yang mempunyai sungai. Mereka ke situ untuk melepaskan rindu pada air sungai yang bersih, sejuk dan menyegarkan. Mereka kelihatan ramah dan baik hati. Sedang kami bersiap-siap untuk berkemas, Aqif di sengat oleh lebah di bahagian peha. Terasa pedih namun dia masih mampu untuk meneruskan perjalanan.




Kami selamat tiba di kaki gunung lebih kurang pada jam 2 petang dan masing-masing mengambil keputusan untuk membersihkan diri sekali lagi kerana rimas di seliputi lumpur, bau masam, dan peluh. Kami pulang bukan dengan kecewa tapi kepuasan dan lapang dada kerana masing-masing telah melepaskan tekanan hidup jauh di hutan Nuang. Kami bernekad untuk menawan Gunung Nuang pada suatu hari nanti. InsyaAllah. Amin.


(Ditulis oleh: Aqif)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

On 6 pm on 29 March 2014, all equipment covered and wore poncho, the expedition was carried on. We were at Hulu Langat where our journey this time was hiking and camping on Mount Nuang. Mount Nuang is the highest peak of Selangor where its height is 1493 metres. There was heavy rain on that day but we still decided to continue our expedition. The path was rough and wet but luckily there was sunlight so that we can see the path that we been taking. On our way, we meet few visitors which come from the top and on their way to going down. Some of them were asking us, “are you still want to continue your journey because it’s getting dark and the rain is still pouring heavily.” The only answer that they get from us at that moment is ‘Yes’. Some of them were shocked, maybe because they think we were crazy enough or over excited or really tough with our decision but we don’t care about their thoughts. The truth is we don’t even know the obstacles that we need to face and that’s why we carry on.



The time was 7.30 pm and there was still a little bit of sunlight so that we can reserve our torchlight for later but we just have to stand it by in our pocket. The rain is still pouring and there was no sign of stopping. Our cloth especially our pant was wet because of the rain and sweat. We start to use our torchlight at 8 pm where the surrounding turned to pitch black. Our journey had become so tiring and we couldn’t see any sign of campsite nearby. Both of us were lack of knowledge about Mount Nuang. Only Aizuddin who had ever been to this mountain but he only managed to go until 5 km from the base of Nuang because he joined 12hour endurance run here. It means that neither one of us have been to the campsite before.
Half an hour had past, we reach the first obstacle. We were shocked because we need to cross two rivers before we can reach the campsite. We were totally lost at that time and nothing much that we can do then we had a little discussion on the gazebo nearby. We decided to stop the journey on that day because it is too dangerous to cross the river during the night time while still raining. We build the tent and rest for a while. Then we took out our equipment and start to make some tea to heat up our body. Our dinner on that night was only a few slices of bread, mushroom soup and tea. It looks simple but at that moment, it tasted totally delicious. After getting our stomach full, we go to sleep but on 4 am, we woke up because we felt so cold due to our wet cloth. Luckily we brought our sleeping bag. After got covered up, we continued to sleep.


On the other day, we woke up late. We can see the surrounding pretty clear around us because it was already 7 am. The sun was already rose. We clean up our equipment and prepared for our breakfast. Our menu on that was similar with the last night menu. While took breakfast, we packed some of our equipment. At that time, we were visited with the forest creatures - a pack of dogs and tons of bees. The dogs did not disturbed us but the bees kept fly around us. We were stress with the buzzing sound and also afraid that we will get sting but at the end, we managed to pack all the equipment and continued our journey.
Our next step was to get to Lolo Campsite. We decided to setup the tent and put down our heavy equipment and leave it there while we continued move to the peak. The nearest campsite after Lolo is Pacat Campsite. ‘Pacat’ is the local name for leech and maybe because there is lots of leech there so that campsite is called Pacat Campsite but we don’t know the story.


The distance between the two campsites just 1 to 1.5 kilometer but due to the rough train and tough slope, the journey caused us very fatigue. We stop a few times to rest and gain back our energy. While on our way to the peak, we were followed by a dog. The dog was following the couple that on their way to the peak. The dog seems harmless and friendly. We let the couple and the dog walk pass us because at that time we need to rest. Both of us quit in joining any sport for couple of years and not doing any training and exercise before. It makes us look really bad. 


On 10 am, we had to turn back because Aizuddin and I have things to settle in the evening at home. That was a disappointing decision we had to take. We don’t even reach the Pacat Campsite.
When reach at Lolo Campsite, we took a few minute to rest and clean our body at the river nearby. The water is so cold and we had to put our body inside it to reduce our body temperature. At that moment, Aizuddin’s leg was cramp but after put it into the cold water, the pain seems reduced. While taking a bath, we meet the friendly visitors there. Their intention to Mount Nuang was only to reach the Lolo Campsite because they love the cold river there. After getting away from the river, I felt pain on his feet. Actually I was stung by the bee but I managed to remove the sting before it goes deeper. Then, we pack up and continued our journey to base. We managed to get down by 1 pm. After get clean and refresh one more time, we are ready to go home. 



Yes, we will try again J

(Written by Aqif)