15 Februari 2014, di Stesen Kuala Lumpur,
kami menunggu ketibaan kenderaan kami menuju ke Ipoh, Perak. Keputusan telah
kami ambil untuk menjengah bumi Pangkor yang terletak di Perak, untuk
melepaskan tekanan. Tepat jam 6.00 pagi, gerabak kami tiba. Perjalanan yang
mengambil masa 2 jam setengah membolehkan kami lelap seketika. Bagi sesiapa
yang tidak mahu melelapkan mata, terdapat paparan skrin LED bersaiz 42 inci
yang memaparkan filem Barat bagi mengisi masa lapang. Ketibaan kami di Stesen
Ipoh pada jam 8 setengah pagi, tepat mengikut jadual. Kami menuju ke Stesen Bus
Ipoh untuk mendapatkan khidmat bas menuju ke Lumut. Perjalanan yang tidak terancang
itu di teruskan dengan senyuman. Debaran kuat dirasakan tatkala sedang menunggu
bus kami. Stesen Bus Ipoh kelihatan tidak sehebat Stesen Bus Pudu namun masih
tetap mempunyai pengunjung yang ingin menggunakan khidmat bus ekspres ke
destinasi yang di tuju. Terdapat beberapa pengunjung lain yang menunggu bus
bersama kami. Ketika itu, masa menunggu dimanfaatkan dengan mengalas perut.
Cukup sekadar roti dan air. Perjalanan kami ke Lumut mengambil masa kira-kira 3
jam kerana bus yang kami naiki melalui jalan dalam.
Debaran kami ketika itu
bertukar menjadi penantian yang membosankan. Kami beberapa kali terlelap kerana
kebosanan. Kami tiba di stesen bus menjelang tengah hari. Kami terpinga-pinga
dan terkejut kerana perhentian terakhir untuk bus yang kami naiki ialah Stesen
Bus Sitiawan. Ini bermakna kami perlu mengambil 1 lagi bus untuk ke Lumut.
Kecewa, tergamam, hilang arah kami di buatnya.
Selang beberapa minit, Aizuddin ke tandas
dan kebetulan pada masa itu bus ke Lumut tiba. Namun apabila Aizuddin keluar
dari tandas, bus itu telah lama bertolak. Pada masa itu kami hanya boleh
menunggu bus yang lain tiba. Lebih kurang sepuluh minit menunggu, bus menuju ke
Lumut tiba. Kami segera ingin menaiki bus tersebut namun dihalang kerana kami
sepatutnya mendapatkan tiket di kaunter terlebih dahulu. Dalam kekalutan itu,
Aizuddin segera ke kaunter tiket dan Aqif menunggu di pintu bus bagi menghalang
bas dari meneruskan perjalanan tanpa kami dan kami berjaya menaiki bus
tersebut. Lebih kurang setengah jam perjalanan, kami tiba di jeti Lumut. Rasa
lega, seronok menyelubungi kami kembali. Kami segera mendapatkan tiket feri
untuk ke Pulau Pangkor. Oleh kerana tempat duduk telah penuh, kami terpaksa
berdiri di atas feri yang terdedah kepada matahari terik. Nasib kami agak baik
kerana feri tersebut mempunyai kawasan yang berbumbung tetapi tetap masih panas
kerana bahang matahari, namun kami tidak peduli akan semua itu. Pada kami
Pangkor menjadi keutamaan. Kami sempat bergambar dan melihat keindahan alam
ciptaanNya.
Sebaik tiba di jeti Pulau Pangkor, kami
mengambil keputusan untuk mengisi perut yang dari tadi menjerit-jerit meminta
di isi. Kami menuju ke kafe yang terletak tidak jauh dari jeti. Makanan di situ
agak murah dan kami berpuas hati dengan layanan dari pihak kafe. Ketika sedang
menikmati makanan dan bayu laut, kami teragak-agak untuk membuat keputusan. Ini
kerana pada mulanya, kami merancang untuk pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang
sama kami ke Pulau Pangkor. Oleh kerana keletihan dan sudah memasuki waktu
Zuhur, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Pangkor. Setelah menunaikan
solat jamak, kami mencari motor sewa kerana jarak dari jeti dengan tempat
penginapan agak jauh jika kami hendak berjalan kaki dan di tambah lagi terik
matahari. Kemudian, kami meneruskan perjalanan kami meronda sekitar pulau untuk
mencuci mata. Kami terpesona dengan keindahan sebuah pantai yang agak tersorok
dari aktiviti manusia dan pasirnya yang putih. Kawasan pantai itu agak jauh
dari jeti dan kawasan penginapan pengunjung. Setelah penat bersiar-siar barulah
kami mula mencari tempat penginapan. Agak lucu kerana kami kelam kabut
menghubungi chalet-chalet berhampiran untuk mendapatkan bilik kosong. Oleh
kerana hujung minggu, banyak bilik telah di tempah namun kami tidak berputus
asa. Kami amat bernasib baik kerana mendapat bilik dengan harga yang agak
murah. Lantas kami segera mencari lokasi bilik kami dan bukannya mudah kerana
ini pertama kali kami ke sana. Kira-kira 15 minit kemudian, kami berjaya.
Dengan kelengkapan bilik yang lengkap, kami
merebahkan badan seketika di atas katil untuk melepaskan lelah dan penat. Pada
ketika itu, Aizuddin diserang sakit gigi dan Aqif pula kehilangan suara. Tetapi
kami tidak peduli akan semua itu kerana terlalu gembira berada di Pulau
Pangkor. Lewat petang itu, kami berjalan-jalan di pantai berhampiran dan
mencari-cari aktiviti air yang ada di kawasan itu. Kami mengambil keputusan
untuk ‘snorkeling’. Pada mulanya, Aqif bersemangat untuk ‘snorkeling’ selama 2
jam namun apabila sampai ke pulau kecil yang terletak berhampiran, kami hampa.
Air laut yang keruh menyebabkan kami tidak mampu melihat dasar laut serta isi
alam. Bukan itu sahaja, kami lupa untuk meletakkan duit baki yang ada di dalam
poket ke dalam beg. Hasilnya, duit kami hanyut. Kami beredar dari kawasan
‘snorkeling’ awal dari masa yang di janjikan kerana kebosanan. Ketika sampai di
pantai, menuju ke bilik, kaki Aqif berdarah dan pedih kerana terkena pasir.
Pada andaian kami, luka tersebut wujud hasil geseran batu karang yang tajam.
Pada malam itu, kami keluar ke kedai makan
berhampiran. Kami memilih gerai makan yang tidak terlalu besar dan gah kerana
khuatir akan harganya. Nasib kami baik kerana harga makanan di gerai pilihan
kami berpatutan dan lebih kurang sama dengan harga makanan di gerai-gerai
sekitar Lembah Klang. Kami tertarik dengan pasangan dari luar negara yang makan
di gerai yang sama dengan kami kerana mereka mengembara berdua dan kedua-duanya
wanita. Aizuddin bercadang untuk menegur demi menambah kenalan tetapi hanya
tinggal angan-angan. Kami tidak berani untuk menegur mereka kerana malu. Usai
makan, kami berjalan-jalan di gerai-gerai cenderahati berhampiran. Kemudian
kami pulang ke bilik dan tidur.
Pada pagi 16 Februari 2014, kami bangun
awal untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kami bercadang untuk pulang awal kerana
telah berjanji untuk singgah ke rumah rakan kami di Gombak sebelum pulang ke
rumah masing-masing. Akan tetapi mata kami tidak dapat mengelak dari menonton
sebuah filem Barat zaman 70’an lakonan John Travolta dan Olivia Newton-John
iaitu Grease. Pada mulanya kami hanya tertarik pada lakonan hero filem tersebut
tetapi lama kelamaan, kami mula layan filem tersebut.
Hasilnya, menjelang
tengah hari kami ke jeti. Setelah menaiki feri dan tiba di jeti Lumut, kami
segera mendapatkan bus. Pada mulanya kami membeli tiket bus menuju ke Ipoh.
Tetapi firasat kami kuat untuk bertanyakan mengenai bus ke Kuala Lumpur.
Rupa-rupanya memang ada bus ekspres menuju ke Kuala Lumpur pada jam 1 setengah
petang. Kami terus membeli tiket bus tersebut dan perjalanan kami ke Stesen Bus
Pudu mengambil masa yang lama.
Dalam perjalanan, kami di sapa oleh seorang
lelaki Rusia yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dan ingin ke LCCT
untuk mengejar tiket kapal terbang menuju ke Vietnam. Seperti itik dan ayam
kami berbual kerana lelaki itu tidak fasih bertutur bahasa Inggeris dan kami pula
tidak tahu bertutur bahasa Rusia, namun kami masih mampu membantu beliau.
Lelaki tersebut bercuti ke Pangkor bersama anaknya yang berusia 3 dan 5 tahun
sementara isterinya mempunyai urusan kerja di Kuala Lumpur. Kami tiba di Stesen
Bus Pudu kira-kira jam 5 setengah petang dan tanpa melengahkan masa, kami terus
membantu keluarga dari Rusia itu. Kami hanya dapat membantu mereka menaiki
train ERL menuju ke LCCT dan selebihnya kami hanya berserah agar mereka selamat
menaiki pesawat tersebut. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami dan pulang
dengan selamat. Alhamdulillah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
<iframe height="360" width="640" frameborder="0" src="http://www.magisto.com/embed/YUdGZ10WETUyTUFhCzE"></iframe>
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15 February 2014, Kuala Lumpur Train
Station, we are waiting for our train arrived in order to go to Ipoh, Perak. We
already made a decision to visit Pangkor Island that located in Perak for relaxing. At 6 am sharp, our train arrived. The journey that took
about 2 and half hour give us enough time to take a nap meanwhile, for those
who doesn’t want to sleep, there was a television provided for them to watch a
movie while in the train. We arrived at Ipoh Station right on time at 8.30 am.
Then, we walk to Ipoh Bus Station to continue our journey to Lumut. We continue
our unexpected journey with joy. Our heartbeat was rose up while we were waiting for our transportation. Even though Ipoh Bus Station was not great
as Pudu Bus Station, people there still use the bus facility to go to their
destination. While waiting, we took a decision to eat. Our meal was just a few
buns and mineral water. Then, our bus arrived.
The journey to Lumut took about 3 hours because
the bus that we took use village roads instead of using highway. Our excitement
turns bored because of waiting and we fall asleep a few times. We arrived at
the bus station on mid day and we were shocked. Actually, the bus that we took
was stop until Sitiawan Bus Station. This means that we need to take another
bus to get to Lumut. We were frustrated, speechless and lost. Few minutes past,
Aizuddin needed to go to the toilet while Aqif waiting for him. Once Aizuddin
entered the toiled, a bus going to Lumut arrived and nothing Aqif can do. When
Aizuddin came out, the bus was already gone. It means that we need to
wait for another bus. About 10 minutes later, another bus to Lumut arrived. We quickly ran to the bus but actually we need to buy the ticket from at
the counter nearby.
It feels great when we made to Lumut jetty.
After bought a ticket for the ferry, we ride it. At the moment we ride the
ferry, seat were already full then we had to move to the back. There is no seat
back there and we were exposed to the sun. Even though the heat were almost
killing us but we did not care. Our goal was to arrive at Pangkor Island no
matter what. We took tons of pictures on that ferry. Once landing our feet
there, we were searching for restaurant because both of us were hungry and
tired. Luckily there was a restaurant nearby. The foods were quite cheap and
its taste great. Our initial plan was to get back to Kuala Lumpur at the same
day we arrived but because of tired and time constrain; we make a decision to
stay overnight there. After finished our meal and get ready to continue our
unexpected journey. The first thing to do is to find the suitable ride. For us,
rent a motorcycle was enough. We had to take a ride because the distance
between the jetty and accommodation were far (about 6 kilometer) plus the heat
from sun.
When getting on the bike, first thing that
we decided was to take a tour around the island. The short tour leads us to the
beach where far from human activities and accommodation. The sands are white
and the sea water is blue. Once satisfied with the view, we search for the
place to sleep and quite funny because we were desperate to find it. Most of
the chalets were full because tourists from around the world already book it
first but luckily for us because we managed to get one. Then we search for the
chalet that we already book. Actually, it was not easy for us because we were
not familiar with that place. About 15 minit past, then we managed to find it.
We satisfied with the utilities at the room
that we booked. Our first priorities were to take a nap. On that day, Aizuddin
got toothache meanwhile Aqif got sore throat but it did not stop us. On the
late evening, we decided to go snorkelling. Aqif was excited and want to
snorkelling for 2 hours but when we arrived to the snorkelling place, we were
disappointed. The snorkelling was held at the small island nearby and the water
was cloudy. We cannot see the coral at the sea bottom. Our fate was bad; we
lost our money because we forget to put it inside the bag. The money was float
by sea and disappears. Due to the disappointment, we decided to go back to our
room early. While reaching the beach, Aqif felt pain on his feet. Actually, it
is because of the wound that produced from the scratch by a sharp coral.
At that night, Aizuddin and Aqif went to
the restaurant nearby. We decided to take a small restaurant to be precautious
of the food price. We were lucky to get a restaurant that deserved a Malay food
with reasonable price. While waiting for our food, we were attracted to the tourists
that dine at the same restaurant with us. It is because both of them are woman.
Initially Aizuddin decided to meet them so that we have a new contact member
but he just said it and couldn’t do it. Once having our dinner, we took about
half an hour to walk to the souvenir shop. Then, we go back to our room and
sleep.
On 16 February morning, we woke up early to
get back to Kuala Lumpur. We decided to take the early bus to KL because we
already make a deal with our friend to visit him at Gombak. While packing, we
were attracted with the old movie, maybe around 70’s that being cast by John
Travolta and Olivia Newton-John. The title is Grease. Initially, we just want
to see John Travolta but after half an hour, we can resist from continue to
watch it. As a result, we arrived at Lumut Jetty on afternoon. The bus station
is just nearby and we started to find a bus. Initially, we plan to take a bus
to Ipoh but actually, there is a bus straight to KL. We bought the ticket for
the bus to KL that depart at 1 pm. The journey took around 4 hours.
On that bus, we were asked by a guy from
Russian that wanted to go to LCCT to catch a flight to Vietnam. That guy having
a problem to speak in English meanwhile we cannot speak Russian and that cause
a problem to us. Despite of the problem, we decide to help him to get to LCCT.
That guy was on vacation at Pangkor Island with his 3 years old daughter and 5
years old son meanwhile his wife has a job to be done at Kuala Lumpur and they
plan to meet at LCCT. We arrived at Pudu Bus Station around 5 pm and with wasting
the time, we guide the Russian family to Kuala Lumpur Sentral because we want
that family take ERL to LCCT.
We could help that family until KL Sentral and let the fate decide whether they can catch the flight or not. On that chaos, we forgot to ask their name and make a contact. Then we continued our journey and arrived home safely.
We could help that family until KL Sentral and let the fate decide whether they can catch the flight or not. On that chaos, we forgot to ask their name and make a contact. Then we continued our journey and arrived home safely.
Alhamdulillah...Finish...
<iframe height="360" width="640" frameborder="0" src="http://www.magisto.com/embed/YUdGZ10WETUyTUFhCzE"></iframe>
(Written by Aqif)